Sabtu, 2 Mei 2020

PERKHIDMATAN SOKONGAN



1. Punca kuasa
a) Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015 [Muat_Turun] 
b) Kod Amalan Pendidikan Khas 2014


2. Permuafakatan Sekolah 
a) Biro Pendidikan Khas di bawah PIBG 
b) JK dari kalangan ibu bapa MBK yang dilantik dalam Mesyuarat Jawatankuasa Biro Pendidikan Khas. 
c) Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Yang Dipertua PIBG hendaklah hadir dalam mesyuarat JK. 
d) Semua wang atau sumbangan disimpan dalam akaun PIBG dan dilaporkan secara berasingan 
e) Carta Organisasi JK
[Bab 4  Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015]


3. Kerjasama Pintar
a) Agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dll 
b) Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 
c) agensi swasta


4.  Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
a) Melaksanakan program saringan kepada murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. 
b) Melaksanakan ujian/penilaian dengan menggunakan peralatan khas/instrumen standard bagi mengenal pasti masalah-masalah spesifik yang dihadapi oleh kanak-kanak dan MBK. 
c) Melaksanakan program intervensi/rehabilitasi bagi meminimakan impak ketidakupayaan kanak-kanak dan MBK. 
d) Melaksanakan Program Intervensi Awal (EIP) dari aspek domain-domain perkembangan bagi kesediaan kanak-kanak ke alam persekolahan. 
e) Menyediakan perkhidmatan konsultasi mengikut bidang khusus iaitu Peripatetik, Audiologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Psikologi bagi menyokong pendidikan MBK secara menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan