Ahad, 3 Mei 2020

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)



1. Punca kuasa
a) Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014 
b) Panduan Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2 2019 
c) Panduan Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) 
d) Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum Sekolah Rendah (PAJSK-SR) [Muat_Turun]
e) SPI Bil. 23 1998, Kebenaran Murid-murid Menduduki Peperiksaan Awam [Muat_Turun]
f) SPLP Bil 1 2014 Penambahbaikkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 
g) SPIKPM Bil 3 2016 Perlaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Murid Berkeperluan Khas Mulai Tahun 2016 
h) SS Pelaksanaan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Pembelajaran Tahap 1, 10 Mei 2019 
i) SPI Bil. 2 2016 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)  
j) SS Pengisian Data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum PAJSK Bagi Semua Sekolah Rendah Dan Menengah Tahun 2019, 18 Februari 2019


2. PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. 


3. PBS

a) Akademik 
b) Bukan akademik


4. Empat (4) komponen PBS
[Perenggan 3, SPLP Bil 1 2014 Penambahbaikkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)] 

a) Pentaksiran Sekolah (PS).

(1) Pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru sebagai sebahagian daripada proses PdP di sekolah. Ia melibatkan Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment As Learning), Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment For Learning) dan Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment Of learning) 
(2) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 
Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016 
(3) Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) boleh melaksanakan PBD di SPK dan PPKI dengan membuat pengubahsuaian pada DSKP berdasarkan 6 Domain Pendidikan Khas merujuk kepada tahap kemampuan dan kefungsian MBK 
[Perenggan 3, SS Pelaksanaan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Pembelajaran Tahap 1, 10 Mei 2019]
b) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum. 
c) Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. 
d) Pentaksiran Pusat (PP)

(1) Pentaksiran di mana pihak sekolah mentadbir instrument serta mentaksir dan memberi skor terhadap respons (jawapan) murid berdasarkan instrument dan panduan penskoran yang setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), KPM. 
(2) Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman (Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalam menyediakan analisi pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehlah membuat analisis berasingan bagi murid-murid pendidikan khas. 
[Perkara 2, SPI Bil. 23 1998, Kebenaran Murid-murid Menduduki Peperiksaan Awam] 
(3) Panduan Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas oleh LP,KPM adalah dokumen rujukan bagi proses pendaftaran dan pengendalian calon MBK. 
[Bab 7 Peperiksaan Awam peraturan 7.7, Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014] 
(4) Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)
Perlaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Murid Berkeperluan Khas mulai tahun 2016 di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malayasia
[Perenggan 1, SPIKPM Bil 3 2016 Perlaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Murid Berkeperluan Khas Mulai Tahun 2016] 

5. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

a) Dua (2) perspektif keberhasilan utama pendidikan

(1) kualiti sekolah 
(2) kemenjadian murid 
b) Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan dan bukan lagi difokuskan kepada Gred Purata yang dijana daripada keputusan UPSR 
c) melaporkan kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun 
d) Aspek kejayaan murid ini diperlihatkan melalui laporan yang lebih menyeluruh dinamakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan