Jumaat, 1 Mei 2020

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)


1. Punca kuasa
a) Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Muat_Turun]
b) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 
c) Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015 [Muat_Turut]
d) Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014 
e) Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas 2018. [Muat_Turun]
f) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 [Muat_Turun]
g) SPI Bil 1 2018, Garis Panduan Penglibatan Ibu Bapa, Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan Di Dalam Kelas [Muat_Turun]
h) SPI Bil. 23 1998, Kebenaran Murid–Murid Menduduki Peperiksaan Awam [Muat_Turun]
i) SPI Bil. 3 2016, Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Murid Berkeperluan Khas Mulai Tahun 2016 
j) Surat Siaran Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Di PPKI, 11 Mei 2016 [Muat_Turun]


2. Punca kuasa yang dimansuhkan
Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif MBK 2013 (Edisi Percubaan) adalah terbatal.
[Perkara 8, Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Muris Berkeperluan Khas 2018]


3. Definisi
a) PPI merupakan program pendidikan bagi MBK yang dilaksanakan di sekolah harian di mana MBK belajar bersama-sama murid lain dalam kelas yang sama. 
[Bab 1 perenggan 1.30, Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014] 
b) “Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. 
[Tafsiran Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]


4. Dasar
a) Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat 
[Bahagian IV Bab 1 Seksyen 28(1), Akta Orang Kurang Upaya 2008] 
b) “Pendidikan Khas" ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat–

(1) pendidikan prasekolah; 
(2) pendidikan rendah; 
(3) pendidikan menengah; 
(4) pendidikan lepas menengah;
[Tafsiran Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013] 
c) Satu piagam bawah aspirasi ekuiti, “Peningkatan Enrolmen MBK dalam PPI” telah dijadikan sebagai

(1) gelombang 1 : inisiatif utama yang ke-11, Peningkatan Enrolmen Dalam Program Pendidikan Inklusif, Termasuk Infrastruktur Supaya Lebih Mesra Untuk Murid Berkeperluan Khas. 
(2) gelombang 2 : inisiatif utama ke-34, Peningkatan Akses Kepada Pendidikan Inklusif Berkualiti. 
[Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025]
d) meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana 
[Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas 2013]

e) Prinsip pendemokrasian pendidikan dan pendidikan untuk semua (Education for All). Mereka mempunyai hak yang sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan (barrier-free learning environment). 
[Perkara 1.0 Pengenalan, Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas 2013]



5. Matlamat
a) Meningkatkan akses pendidikan bersama-sama murid arus perdana.

b) kesedaran kepada masyarakat supaya iktiraf potensi MBK.



6. Objektif
a) Hak yang sama rata untuk belajar 
b) Membina keyakinan diri

c) menyesuaikan diri bagi meningkatkan kemahiran kehidupan 
d) Meningkatkan kesedaran dan penerimaan komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK



7. Konsep/ model/ pendekatan mengikut keupayaan MBK
a) Dua pendekatan PPI yang boleh dilaksanakan ialah inklusif penuh dan inklusif separa. Perlaksanaan PPI hendaklah mematuhi Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas. 
[Bab 1 perenggan 1.30, Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014]

b) Model holistik

(1) Inklusif Penuh
(a) Sepenuh masa 
(b) Direkodkan dalam APDM (tangging sebagai inklusif penuh) 
[Perkara 3 (iii), Surat Siaran Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Di PPKI, 11 Mei 2016]
(c) Enrolmen di kelas perdana 
(d) Kurikulum kebangsaan atau suaian 
(e) Aktiviti kokurikulum secara berjadual 
[Perkara 2.6.1, Garis Panduan Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas 2018] 
(2) Inklusif separa
(a) Tidak sepenuh masa
(b) Direkodkan dalam APDM (tangging sebagai inklusif separa) kecuali sosialisasi direkod secara laporan 
(c) Enrolmen di kelas PPKI 
(d) Separa akademik : sekurangnya satu (1) subjek
[Perkara 3 (ii) Surat Siaran Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Di PPKI, 11 Mei 2016] 
(e) Separa bukan akademik 
  • Akriviti kokurikulum secara berjadual
  • Sosialisasi : waktu rehat, hari sukan, hari guru, hari kantin dll 
[Perkara 2.6.2 Garis Panduan Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas 2018]


8. Sokongan
a) Sumber manusia (guru resos / guru pendamping); 
b) peralatan Pendidikan Khas (contoh: kanta pembesar) 
c) bahan bantu belajar (BBB); 
d) perabot, infrastruktur dan prasarana mengikut keperluan MBK 
e) kerjasama agensi kerajaan,NGO dan komuniti 


9. Perlaksanaan
a) Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS) dan surat pelantikan (contoh Surat Lantikansebagai JPKS dikeluarkan oleh pentadbir sekolah 
b) Pemilihan MBK ke PPI

(1) Pentadbiran SSKI
(a) Dokumen : Manual, SSKI (contoh SSKI) & borang pencapaian (contoh Borang Pencapaian)
(b) Keputusan : tidak / kurang / bersedia
(c) Intervensi 3 bulan untuk kurang bersedia (MDT)
(2) Pentaksiran
(a) PBS (Tahap1) & peperiksaan akhir tahun (Tahap 2)  
(b) Tahun sebelum kohot umur inklusif  
(c) Subjek MT, BM & BI  
(d) GPKI menanda kertas
(3) Penempatan kelas
(a) Borang cadangan penempatan (contoh Borang Cadangan Penempatan)
(b) Mesyuarat JPKS  
(c) dua (2) orang ahli JPKS boleh meluluskan penempatan MBK (contoh Surat Penempatan)
[Soalan 9, Garis Panduan Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas 2018]
c) Pelantikan guru pendamping
(1) Surat pelantikan kepada GPKI (contoh Surat Pelantikan)
(2) boleh melibatkan Sukarelawan dalam Kelas (SdK) 
[SPI Bil 1 2018, Garis Panduan Penglibatan Ibu Bapa, Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan Di Dalam Kelas] 
(3) Bilangan mengikut kesesuaian 
(4) Penyelaras ubah suai jadual waktu (contoh Jadual Waktu & Jadual Individu) 
d) Penetapan dan penempatan MBK
(1) Persetujuan JPKS
(2) kohort umur murid arus perdana atau perbezaan satu tahun 
(3) Tidak lebih daripada lima (5) orang MBK di setiap kelas 
(4) kelas inklusif berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK yang menggunakan kerusi roda 
(5) surat penempatan MBK (contoh Surat Penempatan MBK) di PPI untuk mendapat persetujuan ibu bapa 
(6) Jumlah murid kelas perdana tidak lebih daripada 35 orang 
[Perkara 8.2 (i) Garis Panduan Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas 2013] 
 e) Persetujuan ibu bapa 
f) Transisi
(1) Dokumen
(2) Kemudahan (buku teks dll)
g) Pengurusan MBK di PPI

(1) Pemilihan rakan inklusif, surat & persetujuan ibu bapa. (contoh Surat Lantikan)
(2) Pemantauan berkala 
h) Tempoh percubaan 3 bulan

(1) Laporan (contoh Laporan Perbincangan & Laporan Penilaian Percubaan)
(2) Pengesahan JPKS
i) PdPc di kelas PPI

(1) KSSR 
(2) Pendedahan mengendali MBK 
(3) Guru pendamping berjadual perlu menyediakan RPH 
(4) Guru pendamping tak berjadual perlu sediakan Laporan Perkembangan Prestasi 
(5) GPKI menyediakan RPI untuk inklusif separa sahaja 
(6) Analisa Pencapaian Murid / 6 bulan
j) Laporan Perkembangan Prestasi

(1) Borang laporan 
(2) Analisa laporan 
(3) Dibicangkan dalam mesyuarat JPKS
k) Program peningkatan kesedaran

(1) Ada dalam perancangan strategik sekolah 
(2) 3 Modul Untuk Panduan [Muat_Turun]
(a) Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan Inklusif) 
(b) Modul Ibu Bapa (sokongan, seminar dll) 
(c) Modul Rakan Inklusif
l) Modul Sokongan PdPc dan Kokurikulum

(1) Modul Kokurikulum MBK (aktiviti berjadual) 
(2) Penerapan Nilai, Moral dan Pembentukan Sahsiah (PdPc Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran) 


10. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
a) PBD boleh dimanfaatkan oleh pentadbir, guru, ibu bapa dan murid 
b) PP

(1) UPSR

(a) inklusif penuh dan separa 
(b) didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) 
(c) berhak mengambil peperiksaan awam 
(d) analisa pencapaian peperiksaan boleh dibuat secara berasingan 
[Perkara 2, SPI Bil. 23 1998, Kebenaran Murid-murid Menduduki Peperiksaan Awam]

(2) PASR

(a) Inklusif separa 
[SPI Bil 3 2016, Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Murid Berkeperluan Khas Mulai Tahun 2016] 
(b) Pada tahun yang berbeza jika mengambil UPSR 
(c) MBK boleh mengambil atau tidak mengambil PASR dengan pilihan


11. Peranan dan tanggungjawab sekolah
a) PGB

(1) Mempengerusikan JPKS 
(2) Melantik JK
b) GPK PK / Penyelaras PPKI

(1) Merancang 
(2) Bekerjasama 
(3) Memantau
c) Setiausaha PPI

(1) Dari kalangan GPKI 
(2) Membantu dokumentasi perlaksanaan (contoh Senarai Semak Pelan Tindakan)
d) GPKI

(1) Guru resos 
(2) Guru pendamping
e) Guru arus perdana (guru kelas, guru pemulihan, guru mata pelajaran, guru bimbingan, guru disiplin, guru SPBT) 
f) PPM ( Mobiliti dan keperluan MBK) 
g) YDP PIBG 
h) JPKS

(1) Mesyuarat minimun 2 kali setahun 
(2) mengurus dan menyediakan sokongan kepada MBK; 
(3) merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI; 
(4) mencadangkan kelas yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid; 
(5) bertindak sebagai panel rayuan; dan 
(6) melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang terlibat 
(7) Organisasi



12. Faktor kejayaan

a) pengurusan sekolah 
b) pasukan pelbagai disiplin (MDI) 
c) kerjasama guru 
d) kerjasama ibu bapa 
e) kerjasama rakan pembimbing


9. KPI 
a) KPM – 75% 
b) JPN – 100%


11. Akronim
a) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 
b) Program Pendidikan Inklusif (PPI) 
c) Murid Berkeperluan Khas (MBK) 
d) Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) 
e) Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) 
f) Instrumen Menentukan Penempatan Murid Berkeperluan Khas (IMPaK) 
g) Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS) 
h) Bayaran Insentif Mengajar Kanak-kanak Cacat (BIMKC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan