Jumaat, 1 Mei 2020

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)




1. Punca kuasa
a) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
b) Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015 [Muat_Turun]
c) Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014 
d) SPI Bil 7 2004 Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah 
e) SPI Bil 3 1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran [Muat_Turun]
f) Surat Siaran Perlaksanaan RPI Secara Dalam Talian Bagi Murid Berkeperluan Khas, 28 April 2015 [Muat_Turun]
g) Surat Siaran Penyediaan Penulisan RPI Dalam Talian (e-RPI) Atau Manual RPI, 16 Januari 2019 
h) PLC Rancangan Pendidikan individu, 3 Februari 2020 
i) Garis Panduan Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam Talian (e-RPI) [Muat_turun]
j) Slide Rancangan Pendidikan Individu Manual 2.0, Sektor Pembangunan Instruksional, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia


2. Difinisi 
a) “Rancangan Pendidikan Individu” ertinya suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas 
[Tafsiran peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013] 
b) Dokumen bertulis untuk merekodkan intervensi bagi meningkatkan kefungsian MBK agar murid dapat mengikuti kurikulum yang bersesuaian dengan tahap dan keupayaan mereka. 
[Slide Rancangan Pendidikan Individu Manual 2.0, Sektor Pembangunan Instruksional, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia] 
c) RPI merupakan satu rekod bertulis yang melaporkan rancangan pendidikan secara individu berdasarkan keupayaan atau kekuatan dan kelemahan murid. RPI menyediakan pernyataan ringkas berkenaan:
(1) Tahap prestasi individu murid; 
(2) Perancangan merangkumi aspek akademik dan bukan akademik; 
(3) Sekurang-kurangnya satu matlamat jangka masa pendek dan panjang berdasarkan keperluan individu murid; 
(4) Rangkaian aktiviti yang dirancang bagi membantu murid; 
(5) Pencapaian setiap aktiviti bagi mencapai matlamat yang telah dinyatakan; 
(6) Perkhidmatan sokongan yang diperlukan; dan 
(7) Persetujuan pihak ibubapa/ penjaga. 
[Bab 5 perenggan 5.17, Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas]


3. RPI menjadi alat rujukan kepada pelbagai pihak untuk melihat
a) tahap semasa MBK dan kemenjadian MBK. 
b) Intervensi meningkatkan kefungsian MBK 


4. Kewajipan RPI
a) Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas, seseorang guru hendaklah menggunakan Rancangan Pendidikan Individu. 
[Pelaksanaan Pendidikan Khas peraturan 8(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013] 
b) Bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini, RPI setiap murid hendaklah disediakan.  
[Perenggan 5, SPI Bil.7 2004 Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah] 
c) MBK yang mengikuti PPI penuh (inklusif penuh) boleh dikecualikan daripada menggunakan RPI dalam melaksanakan pendidikan khas. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu MBK yang diinklusifkan memerlukan RPI bagi mengatasi masalah-masalah yang menjadi penghalang bagi MBK meneruskan pembelajaran. RPI ini hendaklah disediakan oleh GPKI dengan kerjasama guru arus perdana.
[Bab 5 perenggan 5.20, Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas]


5. Penulisan RPI
a) Guru Pendidikan Khas boleh menulis RPI secara dalam talian (e-RPI) atau manual (bertulis) mengikut format penulisan RPI sedia ada. Sekolah diberi autonomi untuk menentukan format RPI bagi murid di sekolah masing-masing. Penulisan RPI hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta kepada pihak yang berkuasa dan ibu bapa atau penjaga. 
[Surat Siaran Perenggan 4, Penyediaan Penulisan RPI Dalam Talian (e-RPI) Atau Manual RPI, 16 Januari 2019] 
b) KPPK Pendidikan Khas telah mengarahkan RPI ditulis secara manual mengikut format penataran pada 3 Februari 2020


6. RPI turut melibatkan penyediaan  RPT dan RPH 
a) seperti yang dinyatakan dalam SPI Bil.3 Tahun 1999 : Penyediaan RPH 
[Surat Siaran Perenggan 6, Perlaksanaan RPI Secara Dalam Talian Bagi Murid Berkeperluan Khas, 28 April 2015] 
b) RPH sekurang-kurangnya mengandungi maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.
[Perenggan 3, SPI Bil 3 1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran]


7. Pembentukan jawatankuasa
a) Pengerusi (Guru besar) 
b) Setiausaha (Penyelaras PPKI) 
c) AJK
(1) Guru kelas 
(2) Guru subjek (pencatat RPI) 
(3) Pembantu Pengurusan Murid 
(4) Ibu bapa membantu guru untuk mencapai sasaran yang telah dimatlamatkan 
(5) Kaunselor memberi dorongan kepada ibubapa 
(6) Kumpulan Pelbagai Disiplin membantu memberi maklumat MBK


8. Bidang tugas jawatankuasa 
a) Pengerusi

(1) memastikan pematuhan surat siaran perlaksanaan RPI 
(2) membimbing guru dalam perancangan dan perlaksanaan RPI 
(3) membuat pengesahan bagi RPI yang telah disediakan 
(4) memantau pelaksanaan RPI peringkat sekolah 
(5) mempengerusikan sidang pertama dan kedua 
(6) menjawab persoalan berkaitan pentadbiran
b) Setiausaha (penyelaras RPI sekolah) 
c) Guru kelas

(1) Mengumpul maklumat MBK 
(2) Membuat modifikasi kurikulum berdasarkan keperluan MBK
(3) Mengajar MBK secara individu 
(4) Mengambil tindakan ke atas perkara yang dipersetujui 
(5) Memberi maklumat mengikut tahap keupayaan MBK 
(6) Menolak sebarang cadangan yang diluar kemampuan 
(7) Membuat penilaian dan pemantauan ke atas MBK
d) Guru subjek

(1) merancang dan melaksanakan PII mengikut subjek yang diajar 
(2) memastikan RPI ditulis 
(3) berbincang kenalpasti isu utama 
(4) menyediakan dokumentasi sidang 
(5) mencatat sebarang perubahan intervensi 
(6) memantau intervensi 
(7) menyediakan RPT dan RPH 
(8) perbincangan baharu jika isu utama selesai
e) Pembantu Pengurusan Murid 
f) Ibubapa

(1) Memberi maklumat tepat tentang anaknya 
(2) Menentukan isu utama anaknya 
(3) Menentukan keinginan matlamat jangka panjang 
(4) Kesinambungan pendidikan di rumah
g) Kaunselor memberi dorongan kepada ibubapa 
h) Kumpulan Pelbagai Disiplin membantu memberi maklumat MBK
(1) Memberi khidmat bantuan dan sokongan 
(2) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk cara 
(3) Menyediakan maklumat profesional

9. Prosedur Operasi Standard (SOP)
[Slide Rancangan Pendidikan Individu Manual 2.0, Sektor Pembangunan Instruksional, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia]


10. Elemen-elemen RPI
a) Kerjasama 
b) Berkongsi maklumat 
c) Keputusan bersama 
d) Kebolehpercayaan penilaian 
e) Dokumentasi 
f) Proses dan hasil

11. Proses

a) Pra sidang (kumpul maklumat) 
b) Sidang pertama (mesyuarat) 
c) Penulisan RPI 
d) Pelaksanaan dan perekodan 
e) Sidang kedua (penilaian)


12. Proses
a) Pra sidang (kumpul maklumat)

(1) Biodata MBK 
(2) Dokumentasi kajian (saringan, diagnostik) 
(3) Dokumentasi Isu utama (domain) 
(4) Intervensi 
(5) Surat mesyuarat
b) Sidang pertama (mesyuarat)

(1) Kongsi maklumat isu utama 
(2) matlamat dan objektif 
(3) intervensi dan sokongan 
(4) pembahagian tugas 
(5) kaedah penilaian 
(6) tarikh nilai dan semak
c) Penulisan RPI

(1) Nama AJK yang terlibat 
(2) Dokumentasi 
(3) Resos
d) Pelaksanaan dan perekodan

(1) Tampal isu utama 
(2) Keperluan bantuan atau sokongan 
(3) Tempoh masa 2/ 3/ 4 bulan 
(4) Disemak setiap 2 minggu
e) Sidang kedua (penilaian)


13. Ciri-ciri RPI
a) Komprehensif (merangkumi 6 domain) 
b) Spesifik (boleh diukur) 
c) Realistik dan bersesuaian (tahap kefungsian) 
d) Mengikut urutan (ansur maju) 
e) Realistik (boleh capai) 
f) Mudah difahami (pelbagai pihak) 
g) Digubal bersama 
h) Dalam cakupan kurikulum Pendidikan Khas


14. Aspek modifikasi dan adaptasi (tahap kefungsian)
a) Jenis intervensi 
b) Jenis modifikasi dan adaprasi yang dibuat daripada kurikulum asal 
c) Jenis strategi dan teknik PdPc
(1) 5/ 10/ 15/ 20/ 25/ 30 minit masa PdPc 
(2) Sehari aktiviti luar bilik darjah 
(3) Tangungjawab seorang atau lebih guru


15. Format RPI
a) Matlamat jangka panjang

(1) Kemampuan secara umum 
(2) Kekuatan dan kekurangan MBK
b) Matlamat jangka pendek 
Kemampuan bertindak balas dalam tempoh 2/3/4 bulan
c) Objektif jangka pendek

(1) Kemahiran yang akan membantu mencapai matlamat 
(2) Bersifat ansur maju 
(3) Boleh dicapai mengikut kemampuan
d) Senarai semak


16. Agenda mesyuarat
a) Ucapan aluan pengerusi 
b) Analisis isu utama dan intervensi 
c) Pembentukan matlamat 
d) Keputusan mendapatkan khidmat sokongan 
e) Sesi bersama ibu bapa/ penjaga

(1) Penerangan pencatit RPI 
(2) Perbincangan kandungan dokumen 
(3) Persetujuan 
(4) Kaedah penilaian dan menetapkan tarikh sidang kedua
f) Penutup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan