Sabtu, 2 Mei 2020

MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)



1. Punca kuasa 
a) Akta Orang Kurang Upaya 2008 
b) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) 
c) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 
d) Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014 
e) Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015 [Muat_Turun] 
f) Maklumat Berkenaan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Kategori OKU, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat [Muat_Turun] 


2. Definisi
a) “murid berkeperluan pendidikan khas” ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai–

(a) ketidakupayaan penglihatan;
(b) ketidakupayaan pendengaran;
(c) ketidakupayaan pertuturan;
(d) ketidakupayaan fizikal;
(e) masalah pembelajaran;
mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (e) 
[Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013] 
b) Murid Berkeperluan Khas (MBK) diguna pakai bagi menjelaskan murid berkeperluan pendidikan khas 
[Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 b), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas]


3. Kandungan kategori:
a) Kurang Upaya Penglihatan menjelaskan ketidakupayaan penglihatan; 
b) Kurang Upaya Pendengaran menjelaskan ketidakupayaan pendengaran; 
c) Kurang Upaya Pertuturan menjelaskan Kategori ketidakupayaan yang menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami; 
d) Kurang Upaya Fizikal bila ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya; 
e) Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya seperti Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Kurang Upaya Intelektual, dan keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autism, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik; dan 
f) Kurang Upaya Pelbagai menjelaskan mana-mana kombinasi ketidakupayaan pada kategori (a) hingga (e) 
[Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 a), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas]


4. Tujuh (7) kategori OKU dan kod bagi tujuan pendaftaran


[Kategori OKU, Maklumat Berkenaan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Kategori OKU, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat]

5. Masalah Pembelajaran (BP) / (LD)
Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira. Masalah pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa, ingatan, sosioemosi, kemahiran motor dan koordinasi serta hiperaktif. Kategori masalah pembelajaran seperti :
a) Autisme 
b) Sindrom Down 
c) Selebral Palsi 
d) Dileksia (masalah pembelajaran spesifik) 
e) Hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) / Hipoaktif (ADD) 
f) Lembam/ Kurang Upaya Intelek (KUI) 
g) Terencat akal minima/ringan
h) Kurang Upaya Pelbagai (KUP)


KEMASKINI 27 APRIL 2022

PENGGUNAAN ISTILAH MBK KEPADA MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK)

[SS KPM 13 APRIL 2022 PENGGUNAAN ISTILAH MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS] 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan