Selasa, 12 Mei 2020

PERCUBAAN 3 BULAN



1.        Punca kuasa
a)   Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
b)   Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas

2.        MBK yang telah diterima masuk ke SPK/ PPKI/ PPI perlu menghadiri tempoh percubaan

a)   Tempoh percubaan tidak melebihi 3 bulan

b)   Pihak sekolah perlu menyediakan dan mengemukakan laporan tempoh percubaan kepada suatu panel

c)   Ahli panel yang membuat keputusan penempatan
(1) GB
(2) GPK PK
(3) PPD
(4) JPN
(5) JKM
[Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]

d)   Panel dilantik oleh Pendaftar (Pengarah JPN) atau Penolong Pendaftar (Pegawai PPD).
[Perkara 4.2, Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas]

e)   Dokumen yang diperlukan
(1) Salinan Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya [BPPOKU (Pindaan) 2019]
(2) Salinan Kad OKU (jika ada)
(3) Saiinan Sijil Kelahiran dan Mykid i Kad Pengenalan
(4) Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga
[Perkara 2.3, Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas]

f)     Tempoh percubaan bermula pada hari pertama MBK mendaftar di sekolah yang telah ditetapkan oleh PPD
[Perkara 3.1, Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas]

g)   Boleh tamat awal berdasarkan
(1) Laporan Penilaian Tempoh Percubaan 3 Bulan (WK2013/4(2)/LTP3)
(2) Keputusan panel
[Perkara 3.2, Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas]

3.         Kesesuaian mengikuti Penddidikan Khas

a)   Panel hendaklah menentukan kesesuaian murid berkeperluan pendidikan khas itu untuk mengikuti Pendidikan Khas

b)   Pihak sekolah hendaklah memberitahu penentuan yang dibuat oleh panel kepada ibu bapa/ penjaga murid
[Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]

c)   Kepetusan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh panel bersidang
[Perkara 4.5, Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas]

d)   Menentukan kesesuaian penempatan MBK
(1) SPK
(2) PPKI
(3) PPI
(4) PDK

4.         Rayuan

a)   Boleh membuat rayuan kepada Pendaftar (PPD/ JPN) secara bertulis dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan penempatan
[Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]

b)   PPD perlu memanjangkan surat rayuan tersebut kepada JPN untuk mendapatkan keputusan Pendaftar dengan menyertakan dokumen-dokumen
berikut:
(1) Laporan Penilaian Tempoh Percubaan Tiga (3) Bulan [wK2013/4{2)/LTP3]
(2) Ulasan PPD atau JPN bagi membantu Pendaftar membuat keputusan penempatan.

c)   Keputusan rayuan hendaklah dikeluarkan dalam terrpoh 14 hari bekerja dari tarikh surat rayuan diterima melalui surat rasmi kepada ibu bapa/ penjaga dan sekolah.

d)   Penentuan pendaftar adalah muktamat
[Perkara 5, Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas]

5.         Peranan pentadbir sekolah
a)   Menerima dan mendaftar MBK tanpa penolakan
b)   Menyediakan khidmat sokongan
c)   Membimbing dan memantau GPKI dalam tempoh percubaan
d)   Mengemukakan laporan kepada panel

6.         Peranan GPKI
a)   Mengumpul maklumat MBK
b)   Hubungan baik dengan penjaga
c)   Persekitaran kelas kondusif
d)   Menyediakan kemudahan sokongan
e)   Menilai dan merekod perkembangan MBK
f)     Menyediakan Laporan Penilaian Tempoh Percubaan 3 Bulan (WK2013/4(2)/LTP3) dan dokumen sokongan seperti RPI, LK dll


Isnin, 11 Mei 2020

PENGURUSAN MESYUARAT



1.        Punca kuasa
a)   Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 2 1991 Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan
b)   SPI Bil. 4 1986
c)   Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
d)   Manual Kualiti

2.          Defini mesyuarat
Perbincangan formal sekurang-kurangnya tiga orang dengan agenda tertentu untuk mencapai objektif bersama, melalui proses komunikasi

3.         Tujuan mesyuarat
a)   Bertukar-tukar fikiran dan pendapat serta mendapatkan idea-idea baharu
b)   Memberi dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak
c)   Mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bersama
d)   Mendapatkan persetujuan / kata putus atas sesuatu tindakan

4.         Penentuan mesyuarat
a)   Mengapa perlu bermesyuarat?
b)   Apa yang hendak dicapai?
c)   Siapa yang perlu hadir?
d)   Bila?
e)   Di mana?

5.         Sebelum mesyuarat
a)  Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat [nota: bincang dengan Pengerusi]
b)  Menentukan agenda
(1)     Perutusan Pengerusi
(2)     Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
(3)     Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang lepas)
(4)     Pembentangan isu
(5)     Hal-hal lain
(6)     Penutup
c)   Mentukan kehadiran
d)   Mengadakan perbincangan pramesyuarat
e)   Membuat tempahan bilik mesyuarat.
f)     Memastikan kertas kerja disediakan
g)   Menghantar surat jemputan mesyuarat (PK 07/1) (10 hari sebelum)
h)   Memaklumkan etika mesyuarat

6.         Semasa mesyuarat
a)   Senarai kehadiran mesyuarat (PK 07/2)
b)   Edar minit dan bahan mesyuarat (PK 07/4)
c)   Perkenalkan ahli jemputan
d)   Catat minit mesyuarat
(1) Perkara-perkara penting yang dibincangkan
(2) Keputusan-keputusan yang dibuat
(3) Tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil.
e)   Tentukan tarikh mesyuarat akan datang

7.         Selepas mesyuarat
a)  Minit mesyuarat (PK 07/3)
(1) Draf minit dalam tempoh 3 hari
(2) Diedarkan kepada ahli dalam tempoh 7 hari.
b)  Menyedia dan mengumpulkan borang PK 07/5 Maklum Balas Minit Mesyuarat dalam tempoh 14 hari selepas minit mesyuarat diedarkan.

8.         Senarai Semak Pengurusan Mesyuarat


9.         Simpanan rekod selama 3 tahun

BIL.
JENIS REKOD
TEMPOH
LOKASI
1
PK07/1 Surat  panggilan mesyuarat 3 tahun
3
Bilik Penyimpanan Fail
2
PK07/3 Minit mesyuarat yang diluluskan
3
Bilik Penyimpanan Fail
3
PK07/5 Maklum balas pelaksanaan keputusan mesyuarat
3
Bilik Penyimpanan Fail
4
Kertas kerja yang dibentangkan (sekiranya ada)
3
Bilik Penyimpanan Fail




C:\Users\User\Dropbox\PPKI\Screenshot_20200403-101245_Dropbox.jpg

Rabu, 6 Mei 2020

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1


1. Punca kuasa
a) Siaran awam


2. Mulai 1 Mac sehingga 30 April tahun semasa. Permohonan secara dalam talian Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM (SPATKPM)


3. Dokumen yang perlu dibawa ke sekolah yang dipohon

a) Cetak borang permohonan dalam talian 
b) Sijil lahir anak (salinan + asal) 
c) Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal) 
d) Surat nikah / cerai (salinan + asal) 
e) Bil elektrik/ air yang mempunyai alamat tempat tinggal 
f) Sampul surat standard dan setem 
g) Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan