Ahad, 3 Disember 2017

PENDIDIKAN KHAS



1. Punca kuasa
a) Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Muat_Turun]

b) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

c) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

d) Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014

e) Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015 [Muat_Turun]

f) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 [Muat_Turun]

2. Pemakaian punca kuasa
a) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Bab 8 Pendidikan Khas seksyen 40 dan 41. Semua perkara yang termaktub diguna pakai.

b) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

Diwujudkan bagi menggariskan tatacara dan batasan dalam melaksanakan Pendidikan Khas seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Bab 8.

c) Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas

Adalah satu tatacara piawaian yang diperakukan oleh KPM sebagai panduan melaksanakan pendidikan bagi MBK, seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Bab 8, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 dan akta-akta lain yang berkaitan

d) Buku Panduan Pengoperasian Program PendidikanKhas Integrasi

Rujukan di sekolah supaya pelaksanaan pengurusan PPKI lebih berkesan.

3. Definisi Pendidikan Khas [1]
Pendidikan bagi MBK di sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat–

(a) pendidikan prasekolah;

(b) pendidikan rendah;

(c) pendidikan menengah;

(d) pendidikan lepas menengah;

4. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Hanya dihadiri oleh MBK di kelas khas di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

5. Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Dihadiri oleh MBK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan

6. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas.

7. Kurikulum Pendidikan Khas
a) Kurikulkulum Kebangsaan

b) Kegiatan kokurikulum

c) Pengubahsuaian kaedah, tempoh masa, susunan aktiviti dan BBM

8. Murid Berkeperluan Khas (MBK)
a) Murid berkeperluan khas (MBK) diguna pakai bagi menjelaskan murid berkeperluan pendidikan khas [2]

b) “murid berkeperluan pendidikan khas” ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai - [1]

(1) ketidakupayaan penglihatan;

(2) ketidakupayaan pendengaran;

(3) ketidakupayaan pertuturan;

(4) ketidakupayaan fizikal;

(5) masalah pembelajaran;

(6) mana-mana kombinasi (a) hingga (e)

9. Pengesanan (Outreach)


10. Penempatan MBK


11. Perkhidmatan Sokongan
a) Pasukan pelbagai disiplin

b) Perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi dan konsultasi dalam bidang khusus

12. Tujuan program [3] 
a) Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai

b) Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.

c) Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal (EIP) agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.

d) Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.

e) MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.

13. Penyataan Dasar Pendidikan Khas KPM [4] 
a) Memastikan MBK diberi peluang untuk mendapatkan akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan.

b) Memastikan program pendidikan bagi MBK sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti.

c) Memastikan MBK yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

Nota kaki :
[1] Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
[2] Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 b), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas
[3] Sumber:  https://www.moe.gov.my/pendidikan/khas/program-pendidikan-khas-integrasi/tujuan-program 
[4] Bab 1 perenggan 1.5, Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan