Ahad, 3 Mei 2020

ELAUN MURID KHAS (EMK)



1. Punca kuasa 
a) SPK Bil 1 2012 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) 
b) SPK Bil 2 2018 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) 
c) SS Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Bagi Tahun 2020, 10 Mac 2020 
d) SS JPN Pengunaan Borang Permohonan Secara Bersepadu KPM - EMK, 12 Mac 2020 
e) Manual Penggunaan Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) 
f) Lampiran B - Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Tahun 2018


2. Pembatalan punca kuasa
SPK ini membatalkan SPK Bil 1 2012 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) bertarikh 17 Febuari 2012 
[Perenggan 14.1, SPK Bil 2 2018 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)]


3. Defisnisi
Bantuan kewangan yang diberikan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) 
[Perenggan 3.1.1, SPK Bil 2 2018 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)]


4. Pengurusan
a) Guru Besar melantik Guru EMK 
b) Guru Permohonan EMK ditagging dalam APDM Guru Pengurus Bantuan


5. Permohonan
a) Sistem Aplikasi pengurusan Bantua (APB) merupakan sistem aplikasi yang digunakan untuk permohonan dan pengesahan EMK secara atas talian 
[Perenggan 3.1.5, SPK Bil 2 2018 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)] 
b) Permohonan EMK dilaksanakan satu sesi sahaja, Mac-April 
[Perenggan 2.3.1, Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Tahun2018] 
c) Murid hanya perlu mengisi satu borang sahaja pada setiap tahun bagi permohonan beberapa bantuan persekolahan khusus (termasuk EMK) dan hanya perlu melampirkan satu borang pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga. 
[Perenggan 2, SS JPN Pengunaan Borang Permohonan Secara Bersepadu KPM - EMK, 12 Mac 2020] 
d) Borang permohonan

(1) LAMPIRAN A : BORANG PERMOHONAN ELAUN MURID KHAS (EMK) BAGI MURID DALAM KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN PERAKUAN PENERIMAAN BANTUAN 
(2) BORANG PB-1 : BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN 
(3) BORANG PB-2 : BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN 
[Perenggan 3(iv) SS KPM Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Bagi Tahun 2020, 10 Mac 2020]
 e) Membuka akaun bank. Mencadangkan penggunaan akaun BSN untuk memudahkan pengurusan. Jika sudah mempunyai akaun bank, boleh digunakan untuk permohonan.
f) Borang tindakan Guru EMK

(1) Borang pengesahan penerimaan surat siaran mengenai perlaksanaan EMK bagi tahun semasa 
(2) Borang pengesahan penerima EMK bagi tahun semasa


6. Kelayakan
a) MBK Prasekolah hingga Tingkatan 6 di Sekolah Kerajaan (SK) atau Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)/ KV/ SMT. 
b) Meliliki Kad OKU (nota: surat pengesahan OKU/kad OKU bertarikh pada atau sebelum 30 April) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
c) Tidak menerima elaun OKU/ Biasiswa/ bantuan kebajikan daripada mana-mana agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 
[Perenggan 4.1, SPK Bil 2 2018 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)]


7. Pembayaran EMK
a) Kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang layak ialah RM 150 sebulan (nota: RM 1800/ tahun) dan dibayar untuk tempoh 12 bulan berdasarkan tarikh kad OKU atau tarikh memulakan persekolahan pada tahun semasa (yang mana paling terkini) 
[Perenggan 4.2, SPK Bil 2 2018 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)] 
b) Pembayaran EMK ke akaun murid hendaklah dilaksanakan dua (2) kali setahun 
c) Sekolah hendaklah membuat pembayaran EMK terus ke akaun MBK dalam tempoh 14 hari dari tarikh waran peruntukan diterima 
d) Kadar bayaran untuk murid meninggal dan berhenti sekolah mengikut kadar yang layak berdasarkan tempoh pengajian pada tahun tersebut 
e) MBK yang memperolehi kad OKU bertarikh selepas tarikh tutup permohonan secara atas talian tidak akan dibayar pada tahun semasa. 
f) Ibubapa/ penjaga MBK yang lewat mengemukakan kad OKU kerana lambat menuntut kad OKU boleh dipertimbangkan rayuan pembayaran oleh Bahagian Kewangan KPM dengan syarat kad OKU adalah tarikh sebelum tarikh tutup permohonan atas talian. Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan secara rasmi oleh pihak Bahagian/ JPN kepada Bahagian Kewangan, KPM. Bahagian/ JPN hendaklah mengemukakan rayuan tersebut kepada Bahagian Kewangan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh tutup permohonan atas talian 
[Perenggan 3, Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Tahun2018]


8. Pengeluaran
a) Pihak sekolah tidak perlu menyimpan kad akaun/ kad ATM MBK yang menerima EMK dan tidak tertakluk kepada had pengeluaran 
b) Pemberhentian pembayaran EMK boleh diberhentikan serta merta dengan keputusan oleh JBPS, jika bukan untuk kegunaan MBK 
[Perenggan 3.1, Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Tahun2018]


9. Pemberhentian/ penangguhan/ penarikan balik EMK

[Perenggan 4, Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Tahun2018] 


10. Pertukaran sekolah
a) Pertukaran MBK perlu dikemaskini oleh pihak sekolah bagi mengelakkan keciciran dan pertindihan bayaran. 
b) Pihak sekolah terdahulu perlu menyatakan status MBK dan penerima EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah/ Kolej oleh Murid Warganegara (P.U(A)275) dan dikemukakan kepada BM/ BPkhas/ BPTV/ JPN/ PPD 
c) Bagi pertukaran MBK di dalam dan antara negeri, pembayaran hendaklah dibuat oleh sekolah terdahulu dalam tahun semasa dengan disusuli surat pemakluman oleh sekolah lama kepada sekolah baharu dan disalinkan kepada Bahagian/ JPN 
[Perenggan 11, SPK Bil 2 2018 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)]


11. Takwim
a) Kemas kini data APDM, Januari 
b) Permohonan EMK, Mac-April 
c) Penyaluran peruntukan, Ogos


12. Penubuhan JK bantuan peringkat sekolah (JBPS) 

[Perenggan 1, Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Tahun2018]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan