Sabtu, 2 Mei 2020

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (KSSRPK)

  

1. Punca kuasa
a) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 
b) SPI BIL 16 2002 Tatacara Pelaksanaan Tempoh Belajar Bagi Persekolahan Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Pendidikan Khas Dan Di Program Integrasi Pendidikan Khas Seluruh Malaysia [Muat_Turun]
c) SPI Bil.7 2004 Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah
d) SPI Bil 11 2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011 [Muat_Turun]
e) SPI Bil 2 2013 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2 Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014 [Muat_Turun]
f) SPI Bil 8 2016 Perlaksanaan KSSR Semakan 2017 Secara Berperingkat Mulai Tahun 2017 
g) SPI Bil 5 2019 Pelaksanaan KSSR Semakan (2017) PSV Dan KSSR Semakan (2017) PZ Bagi Menggantikan MP Kesenian Mulai Tahun 2020 [Muat_Turun]
h) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran [Muat_Turun]


2. KSSRPK
a) Kerangka KSSR yang mempunyai enam tunjang iaitu

(1) Komunikasi 
(2) Kerohanian, Sikap & Nilai, 
(3) Kemanusiaan 
(4) Keterampilan Diri 
(5) Perkembangan Fizikal & Estetika 
(6) Sains & Teknologi.
b) Menekankan kepada peningkatan 5 domain perkembangan : kognitif, bahasa, sosioemosi, tingkah laku dan psikomotor. 
[Pendahuluan, ms 1, DSKP KSSRPK Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 4] 


3. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
a) Pihak sekolah hendaklah menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran KSSR (semakan 2017) termasuk Pendidikan Khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
[Perenggan 4, SPI Bil 8 2016 Perlaksanaan KSSR Semakan 2017 Secara Berperingkat Mulai Tahun 2017] 
b) Kandungan

(1) Standard Kandungan (SK) 
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 
(2) Standard Pembelajaran (SP) 
Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 
(3) Standard Prestasi (SPi) 
Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid


4. Jumlah masa yang diperuntukan
a) PPPM 2013-2025 turut mencadangkan KSSR (semakan 2017) menggunakan peruntukan waktu jam setahun untuk perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) 
[Perenggan 2, SPI Bil 8 2016 Perlaksanaan KSSR Semakan 2017 Secara Berperingkat Mulai Tahun 2017] 
b) KSSR Tahap 1 ialah 1380 minit seminggu/ 736 jam setahun (satu waktu PdP ialah 30 minit)

c) KSSR Tahap 2 ialah 1440 minit seminggu/ 768 jam setahun (satu waktu PdP ialah 30 minit).
d) Bilangan minina minggu belajar adalah 32 minggu 
e) Waktu PdP tertakluk adalah kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 
[Perenggan 5, SPI Bil 8 2016 Perlaksanaan KSSR Semakan 2017 Secara Berperingkat Mulai Tahun 2017]


5. Jadual waktu berkembar bagi subjek bahasa

[Perenggan 5, SPI Bil 2 2013 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2 Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014] 



6. Mata pelajaran

a) Cadangan jadual waktu di atas adalah sebagai panduan. Guru boleh menentukan mata pelajaran mengikut tahap keupayaan pendidikan murid. 
b) Bagi mata pelajaran Pengurusan Kehidupan, tidak perlu di ajar sekiranya murid menguasai komponen tersebut. 
c) Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas, sekurang-kurangnya satu komponen di laksanakan mengikut prasarana sedia ada di sekolah. 
[Lampiran 4, SPI Bil 2 2013 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2 Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014] 
d) Komponen Pengurusan Kehidupan semakan 2017
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Pengurusan Kehidupan Tahun Satu berfokus kepada dua komponen iaitu Pengurusan Diri dan Kemahiran Manipulatif 
[Fokus, ms 4, DSKP KSSRPK Masalah Pembelajaran Pengurusan Kehidupan Semakan 2017 tahun 1] 
e) Mata pelajaran Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual semakan 2017

(1) Dilaksanakan mulai tahun 2020 di Tahun 1 hingga Tahun 4 
[Perkara 3.1, SPI Bil 5 2019 Pelaksanaan KSSR Semakan (2017) PSV Dan KSSR Semakan (2017) PZ Bagi Menggantikan MP Kesenian Mulai Tahun 2020] 
(2) Bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), Pendidikan Seni Visual dilaksanakan satu jam manakala bagi Pendidikan Muzik dilaksanakan 30 minit 
[Perkara 3.3, SPI Bil 5 2019 Pelaksanaan KSSR Semakan (2017) PSV Dan KSSR Semakan (2017) PZ Bagi Menggantikan MP Kesenian Mulai Tahun 2020]


7. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini, RPI setiap murid hendaklah disediakan.  
[Perenggan 5, SPI Bil.7 2004 Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah]


8. Kemahiran Abad Ke-21 (PAK21)



9. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)



10. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran



11. Elemen merentasi kurikulum (EMK)

EMK merupakan unsur nilai tambah yang boleh diterapkan dalam PdP. Guru boleh memuat turun panduan perlaksanaan EMK melalui laman sesawang http://bpk.moe.gov.my  
[Perenggan 8, SPI Bil 2 2013 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2 Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014]


12. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan