Sabtu, 2 Mei 2020

PENGESANAN (OUTREACH)



1. Punca kuasa 

a) Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014 
b) Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015 [Muat_Turun]


2. Syarat kemasukan ke PPKI
Murid arus perdana
a) Telah mengikuti proses PdP di sekolah; 
b) Telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas; 
c) Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan disahkan oleh pengamal perubatan mengalami kebarangkalian disleksia atau masalah pembelajaran; 
d) Disahkan oleh pengamal perubatan dan mempunyai kad OKU; 
Murid PDK
e) MBK dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mendapat sokongan bertulis daripada penyelia PDK. 
[Bab 2 perenggan 2.5.1 Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015]


3. Pengesanan ke atas murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas boleh dilaksanakan oleh guru secara pemerhatian atau melalui pentadbiran ujian seperti 
a) Senarai Semak Pengesanan (SSP) Perkembangan Bayi/Kanak-kanak 0-6 tahun 2014; 
b) Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) 2003; 
c) Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) 2010; atau 
d) Lain-lain instrument yang dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa 
[Bab 2 perenggan 2.4 Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014]


2. Semua kes pengesanan yang diterima oleh sekolah/PPD/JPN/BPKhas hendaklah dirujuk kepada pengamal perubatan, pegawai optometri, pegawai audiologi atau pegawai psikologi kerajaan atau swasta. 

[Bab 2 perenggan 2.7 Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014] 



3. Semua kanak-kanak berkeperluan khas yang telah melalui proses pengesanan hendaklah disahkan oleh pengamal perubatan, pegawai optometri, pegawai audiologi atau pegawai psikologi kerajaan atau swasta bagi mengikuti program pendidikan khas di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan

[Bab 2 perenggan 2.9 Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014] 


4. Hanya ibubapa/ penjaga yang dibenarkan membawa kanak-kanak yang telah dikesan untuk tujuan pengesahan oleh pengamal perubatan atau pakar. Walaubagaimanapun, pihak sekolah perlu memberi penerangan dan berbincang dengan ibubapa/ penjaga bagi mendapatkan kerjasama untuk membuat pengesahan atau pemeriksaan lanjut.

[Bab 2 perenggan 2.10 Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan