Ahad, 3 Mei 2020

KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS




1. Punca kuasa
a) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997] 
b) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 
c) Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015 
d) Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014 
e) Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum Sekolah Rendah (PAJSK-SR)
f) SPI Bil. 1 1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 
g) SPI Bil 2 2007 Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Rendah Dan Menengah 
h) SPI Bil 8 2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikuklum 
i) SPI Bil. 16 2010 Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) 
j) SPI Bil. 2 2013 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2 Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014 
k) Garis Panduan Perlaksanaan Dasar 1M1S di Lampiran A dan SPI yang berkaitan sukan dan kokurikulum Lampiran B SPI Bil. 16 2010 Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)


2. Definisi
“kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses PdP dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah 
[Tafsiran peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]


3. Dasar
a) Seseorang murid berkeperluan pendidikan khas yang ditentukan oleh panel sebagai sesuai untuk mengikuti Pendidikan Khas di bawah subperaturan 5(1) hendaklah mengikuti kegiatan kokurikulum sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 
[P. U. (A) 531/1997] mengikut kesesuaian murid itu
[Kehendak Untuk Mengikuti Kegiatan Kokurikulum Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013] 
b) Sekolah dikehendaki memberi peluang dan menyediakan kemudahan bagi MBK melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan sama ada secara integrasi atau inklusif. Kepelbagaian MBK memerlukan pendekatan yang berbeza bagi MBK menunjukkan bakat dan mengembangkan potensi mereka ke tahap yang optimum 
[Bab 6 Perenggan 6.9, Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014] 
c) Program Pendidikan Inklusif (PPI)


4. Jumlah masa yang diperuntukan
a) Pihak sekolah juga hendaklah melaksanakan aktiviti kokurikulum di luar waktu pelaksanaan PdP berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum yang dikeluarkan oleh KPM. Masa yang diperuntukan bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum adalah seperti yang berikut : 
 
[Perkara 6, SPI Bil 2 2013 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2 Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014] 
b) Peruntukan waktu untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah mematuhi peruntukan waktu minima iaitu 60 minit seminggu (Tahun 3 dan Tahun 4) dan 120 minit seminggu (Tahun 5 dan Tahun 6). 
[Bab 6 perenggan 6.5(a) Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014] 
c) Bagi memantapkan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah maka peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi: 60 minit seminggu (Tahun 3 dan Tahun 4) dan 120 minit seminggu (Tahun 5 dan Tahun 6) 
[Perenggan 5.1, SPI Bil 2 2007 Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Rendah Dan Menengah] 
d) Bilangan perjumpaan hendaklah tidak kurang daripada dua belas (12 kali) setahun dengan mengambilkira satu perjumpaan bersamaan dua (2) jam. 
[Perkara 3.15, Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum Sekolah Rendah (PAJSK-SR)] 
e) Satu Murid Satu Sukan(1M1S)


5. Penyertaan murid
a) Matlamat gerakerja ko-kurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan. 
[Perkara 5.1 SPI Bil. 1 1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah] 
b) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

(1) penyertaan dalam sukan dan permainan; 
(2) penyertaan dalam persatuan dan kelab; 
(3) penyertaan dalam badan beruniform; dan 
(4) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.
[Peraturan 3(iii) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997] 
c) Pasukan Badan Berunifom

Pengangkap Unit PPKI mempunyai modul sendiri. Murid PPKI boleh menyertai unit murid perdana tetapi murid perdana tidak boleh menyertai Unit PPKI. 
d) Kelab dan Persatuan 
e) Permainan 
f) Rumah sukan 
g) Satu Murid Satu Sukan(1M1S)

(1) Setiap murid termasuk MBK yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada pelbagai jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. 
[Perkara 2, SPI Bil. 16 2010 Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)] 
(2) Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. 
[Lampiran A Perlaksanaan Dasar 1M1S, Perenggan 6.2, SPI Bil. 16 2010 Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)] 
(3) Murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 
[Lampiran A Perlaksanaan Dasar 1M1S, Perenggan 6.1, SPI Bil. 16 2010 Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)] 
(4) Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah 
[Lampiran A Perlaksanaan Dasar 1M1S, Perenggan 6.6, SPI Bil. 16 2010 Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)]


6. Pemakaian pakaian kokurikulum
a) Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan; 
b) Murid-murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan berunifom yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti memakai baju-T berkolar yang melambangkan pasukannya; atau 
c) Murid-murid juga boleh memilih memakai pakaian seragam kelab/ persatuan, sama ada dalam bentuk jaket, baju layang (seni bela diri) atau baju-T berkolar.  
d) Jaket, baju layang (seni bela diri) atau baju-T berkolar hendaklah dicetak dengan nama pasukan atau kelab/ persatuan di bahagian belakang dan logo (jika ada) di bahagian hadapan (dada kiri) 
[Perenggan 2.1, SPI Bil 8 2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikuklum]


7. Perhimpunan bulanan kokurikulum
a) Perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan 
b) Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid-murid. 
[Perenggan 2.1, SPI Bil 8 2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikuklum]


8. Penglibatan GPKI
a) Penyertaan semua guru hendaklah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum sekolah. 
[Perkara 5.2, SPI Bil. 1 1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah] 
b) Penglibatan GPKI bersama-sama MBK semasa aktiviti kokurikulum dan sukan adalah untuk memastikan keberkesanan perkembangan bakat dan potensi MBK ke peringkat yang tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa. 
[Bab 6 Perenggan 6.10, Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas]

1 ulasan: