Ahad, 3 Disember 2017

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS




1. Punca kuasa
a) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
b) SPI BIL 16 2002 Tatacara Pelaksanaan Tempoh Belajar Bagi Persekolahan Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Pendidikan Khas Dan Di Program Integrasi Pendidikan Khas Seluruh Malaysia [Muat_Turun]

c) SPI Bil 11 2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011 [Muat_Turun]
d) SSLP Bil 3 2011 Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

2. Kurikulum Pendidikan Khas
a) Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas, mana-mana orang yang terlibat dalam perlaksanaan Pendidikan Khas hendaklah menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas [1] 
b) Kurikulum Standart Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) [2] 
c) Program Pendidikan Inklusif (PPI) [3] 
d) Intervensi
  • (2) Enam Domain Pendidikan Khas
  • (a) Kognitif
  • (b) Bahasa dan komunikasi
  • (c) Tingkah laku
  • (d) Sosial emosi
  • (e) Motor kasar
  • (f) Motor halus

3. Pengubahsuaian PdPc 
Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas, seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada [5] 
a) Kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;

b) Masa yang diperuntukan bagi setiap aktiviti;

c) Susunan aktiviti; dan

d) Bahan bantu mengajar.

4. Tempoh Persekolahan
a) Pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh seperti yang berikut : [6] 
  • (1) Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah;
  • (2) Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah; atau
  • (3) Satu tahun di sekolah rendah dan satu tahun di sekolah menengah
b) Bagi murid yang berada di Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, tempoh belajar adalah dari umur minimum 6 tahun sehingga maksimum 14 tahun[7] 

5. Kokurikulum Pendidikan Khas [8]



Nota kaki :
[1] Perlaksanaan Pendidikan Khas Peraturan 8(1)(a), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 
[2] Perenggan 2, SPI BIL 11 2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011
[3] Tafsiran Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
[4] Perlaksanaan Pendidikan Khas Peraturan 8(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
[5] Perlaksanaan Pendidikan Khas Peraturan 8(1)(c), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
[6] Tempoh Pendidikan Bagi MBK Peraturan 10(1), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
[7] Perenggan 5.3.1, SPI BIL 16 2002 Tatacara Pelaksanaan Tempoh Belajar Bagi Persekolahan Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Pendidikan Khas Dan Di Program Integrasi Pendidikan Khas Seluruh Malaysia
[8] Tafsiran peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[9] SSLP Bil 3 2011 Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan