Khamis, 14 April 2022

SISTEM KEHADIRAN MURID (eKEHADIRAN)

 


 

1.              Punca kuasa


a)   SPI Bil 1 2019 Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

 

2.              Objektif

Salah satu usaha bagi memastikan murid mencapai lima (5) aspirasi seperti yang terkandung dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-1025 iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.

 

3.              Sistem


a)   Laman sesawang : https://apdm.moe.gov.my/


b)   ID : <No. KP guru>


c)   Kata laluan : xxxxxx

 

4.              Jika mengalami gangguan capaian internet, kehadiran dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara dan perlu dikemaskini dalam sistem

 

5.              Guru kelas perlu mengemaskini kehadiran di dalam Sistem Kehadiran Murid atau Jadual Kedatangan Murid (JKM) sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan. Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difail pada hari terakhir bagi setiap bulan.

 

6.              Guru kelas mendaftarkan murid baharu.

 

7.              Guru kelas perlu memastikan Tarikh Masuk Kelas dalam sistem APDM bagi setiap murid  adalah tepat supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam Sistem Kehadiran Murid.


8.       Sebab-sebab murid tidak hadir


(1) Aktiviti sekolah


(2) Ancaman keselamatan


(3) Bencana alam


(4) Cuti sakit


(5) Lain-lain sebab


(6) Masalah peribadi


(7) Tiada sebab


(8) Urusan keluarga.


9.        Ketidakhadiran murid perlu sebab dan dokumen sokongan untuk mengelakkan tindakan pengeluaran surat amaran.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan