Isnin, 7 November 2022

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)


Salah satu perkhidmatan JKM adalah menguruskan hal ehwal golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Perkhidmatan yang ditawarkan seperti berikut :

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat.

PUSAT PENDIDIKAN OKU

 

Pusat Jagaan


Senarai pusat jagaan OKU boleh disemak di laman sesawang JKM.

Perkhidmatan Institusi Taman Sinar Harapan (TSH). Senarai TSH boleh disemak di laman sesawang JKM. 

Khamis, 14 April 2022

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)

 


1.            Punca kuasa.

 

2.            Log masuk sistem

a)   Laman sesawang : https://ssdm.moe.gov.my/

b)   ID : <kod_sekolah>

c)   Kata laluan : xxxxxxx


3.            Matlamat 


a)   Membantu proses penentuan hukuman supaya selaras dengan SPI serta peraturan-peraturan sedia ada.


b)   memantapkan  pengurusan disiplin


c)   Murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu oleh GBKSM/ GBKLS.


d)   Semua pihak menjalinkan kerjasama.


e)   Sebagai pangkalan data disiplin murid dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah murid.


f)     mengutamakan Amalan Baik sebagai proses pembentukan sahsiah.


 

4.            Proses kerja

 

a)   Perekodan kes salah laku


(1)     Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.

(2)     Guru Disiplin menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan      hukuman.

(3)     PBG / PK HEM boleh sama ada menukar hukuman, dan   mengesahkan hukuman.

(4)     Guru Disiplin mengambil tindakan terhadap  hukuman yang disahkan .

(5)     Pembantu Operasi menguruskan fail dan pengeposan surat.

(6)     Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut.

 

b)   Perekodan Amalan Baik


(1)     Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem

(2)     Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan

(3)     Pelaporan Status Sahsiah murid


 

5.            5 Status Sahsiah


a)   Terpuji


b)   Amat Baik


c)   Baik


d)   Perlukan Perhatian


e)   Perlukan Perhatian Serius

 

6.            Peranan

 

a)   Semua guru adalan guru disiplin 

(1) Melaporkan kes salah laku

(2) Melaporkan amalan baik

 

b)   Ketua Guru Displin/ GPK HEM

(1) Siasatan dan cadang hukuman

(2) Pelaporan sekolah

(3) Pelaporan individu murid

 

c)   GBKSM/ GBKLS

(1) Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling

(2) Pelaporan sesi kaunseling

(3) Pelaporan sekolah

(4) Pelaporan individu murid

 

d)   GB

(1) Pengesahan hukuman

(2) Pelaporan sekolah

(3) Pelaporan individu murid

 


7.            Tatacara tindakan terhadap murid tidak hadir sekolah


SURAT

TIDAK HADIR

BERTURUT-TURUT

TIDAK HADIR BERKALA

Amaran Pertama

Pada hari ke 3

Pada hari ke 10

Amaran Kedua

7 hari selepas Amaran Pertama

10 hari selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir

7 hari selepas Amaran Kedua

20 hari selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah

14 hari selepas Amaran Terakhir

20 hari selepas Amaran Terakhir

Jumlah Hari

Tidak Hadir

31 hari

60 hari bukan berturut-turut

 

8.            Surat Gantung Sekolah

 

a)   Langkah pertama.
 Guru melapor dalam SSDM

 

b)   Langkah Kedua.
Tindakan Ketua Guru Disiplin haruslah menyiasat kes. Jika kes murid terbukti bersalah, Guru Disiplin perlu memilih  jenis hukuman


(1)  Buang Sekolah

(2)  Gantung Sekolan

(3)  Rotan

(4)  Denda

(5)  Amaran Lisan

(6)  Kelas Tahanan

(7)  Amaran

(8)  Kes Tiada Asas

 

c)   Langkah ketiga
Pengesahan tindakan oleh GB

 

d)   Langkah keempat : Ketua Guru Disiplin


(1) menjana Surat Pertuduhan Bagi Tindakan Gantung Sekolah / Buang Sekolah dan Surat Amaran

(2) Cetakan Surat Gantung / Buang Sekolah/ Cetakan Surat Hukuman Rotan

(3) Senarai Rujukan Kaunseling

(4) Hantar surat kepada ibubapa/penjaga

(5) Hubungi penjaga melalui perjumpaan/telefon/sms/whatsapp agar ibu bapa/ penjaga tahu

SISTEM KEHADIRAN MURID (eKEHADIRAN)

 


 

1.              Punca kuasa


a)   SPI Bil 1 2019 Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

 

2.              Objektif

Salah satu usaha bagi memastikan murid mencapai lima (5) aspirasi seperti yang terkandung dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-1025 iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.

 

3.              Sistem


a)   Laman sesawang : https://apdm.moe.gov.my/


b)   ID : <No. KP guru>


c)   Kata laluan : xxxxxx

 

4.              Jika mengalami gangguan capaian internet, kehadiran dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara dan perlu dikemaskini dalam sistem

 

5.              Guru kelas perlu mengemaskini kehadiran di dalam Sistem Kehadiran Murid atau Jadual Kedatangan Murid (JKM) sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan. Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difail pada hari terakhir bagi setiap bulan.

 

6.              Guru kelas mendaftarkan murid baharu.

 

7.              Guru kelas perlu memastikan Tarikh Masuk Kelas dalam sistem APDM bagi setiap murid  adalah tepat supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam Sistem Kehadiran Murid.


8.       Sebab-sebab murid tidak hadir


(1) Aktiviti sekolah


(2) Ancaman keselamatan


(3) Bencana alam


(4) Cuti sakit


(5) Lain-lain sebab


(6) Masalah peribadi


(7) Tiada sebab


(8) Urusan keluarga.


9.        Ketidakhadiran murid perlu sebab dan dokumen sokongan untuk mengelakkan tindakan pengeluaran surat amaran.